SILINDER LINEAR (CYLINDER LINEAR)
Silinder pneumatik adalah komponen angin yang banyak digunakan dalam litar kawalan pneumatik. Terdapat dua jenis yang asas, dari mana pembentuk istimewa diperolehi.
a. Silinder satu-aksi dengan saluran udara masuk untuk menghasilkan gerakan kuasa satu arah.
b. Silinder dua-aksi dengan dua saluran udara masuk, untuk menghasilkan kuasa gerakan tolak dan tarik.
Silinder Tindakan Sehala (Single Acting Cylinder)
Silinder satu-aksi menghasilkan gerakan kuasa dalam satu arah. Batang Piston dikembalikan dengan pemasangan spring atau dengan secara luar sebagai beban dan gerakan mekanikal. Ia terdiri daripada jenis ‘tarik’ atau ‘tolak’. Kelazimannya pembalikan batang pistonnya menggunakan beban, silinder berkenaan dipasangkan secara menegak. Manakala pembalikan batang pistonnya menggunakan spring, silindernya dipasangkan secara mendatar. Cara pemasangan begini ialah kerana untuk membolehkan batang pistonnya kembali ke kedudukan asal dengan lebih mudah. Besar atau kecilnya silinder jenis ini adalah berkadar terus dengan berat beban yang dikendalikannya. Biasanya silinder jenis ini digunakan untuk mengendalikan beban yang berat seperti kerja – kerja di kilang papan, kerja – kerja membuat acuan dan kerja – kerja di kilang percetakkan.
Silinder satu-aksi digunakan untuk pengapitan, menanda dan pengeluaran. Penggunaan anginnya adalah rendah jika dibandingkan dengan silinder dua-aksi. Bagaimanapun, ia mempunyai gerakan kuasa yang disebabkan oleh tindakan spring yang bertentangan, dengan demikian garispusat besar mungkin diperlukan. Dengan pemasangan spring juga, akan mengakibatkan panjangan keseluruhan yang lebih panjang stroke yang terhad.
Rajah 2 di bawah ini menunjukkan pembinaan Silinder Tindakan Sehala (Single Acting Cylinder) yang mana pembalikan batang pistonnya ialah dengan cara menggunakan spring. Cara begini biasanya silinder berkenaan mempunyai pergerakkan jangkauan batang pistonnya pendek sahaja kira – kira 10mm. Seperkara lagi yang seharusnya diketahui ialah apabila silinder ini bekerja, tenaganya akan berkurangan dan berkurangan kerana tenaga mengeluarkan batang pistonnya adalah sentiasa bertentangan dengan tenaga springnya.
Rajah 2. Binaan silinder tindakan sehala
3. Bahagian drive shaft memusingkan satu bahagian gear dan ini memsingkan gear yang satu l lagi.
Silinder Tindakan Dua Hala(Double Acting Cylinder)
Silinder Tindakan Dua Hala ini terbahagi kepada berbagai – bagai jenis dan bentuk. Kedua – dua hala pergerakkan batang pistonnya memerlukan udara. Walau bagaimanapun kebiasaannya tekanan keluar batang piston adalah memerlukan tenaga yang lebih tinggi berbanding dengan tekanan masuknya. Sebilangan dari batang piston jenis ini mempunyai kaedah anjalan pembalikan bertujuan menyerap gegaran. Terdapat juga penggunaan kedua – dua hujung pistonnya untuk melaksanakan kerja – kerja yang tertentu. Fakta anjalan ini juga adalah untuk memberi faedah kepada silinder keseluruhannya dan juga untuk menghasilkan kerja yang lebih sempurna dan selamat. Kegunaannya terdapat di kilang – kilang yang melaksanakan tugas beban sederhana dan ringan.
Dengan aktuator jenis ini, gerakan kuasa dibina pada arah tolak dan tarik di mana tekanan angin secara alternatif dibekal kepada bahagian piston yang bertentangan. Kuasa yang diperolehi pada stroke tarik kurang. Ini disebabkan oleh keluasan piston yang kecil, tetapi ia hanya diperhatikan jika silinder ialah untuk ‘tarik’ boleh yang sama di dalam kedua-dua arah.
Rajah 3. Simbol ISO yang biasa digunakan dalam penggunaan litar
Pembentukan silinder dua-aksi ditunjukkan pada rajah 4 di bawah. ‘Barrel’ selalunya diperbuat daripada tiub tanpa cantuman lapisan yang keras dan ‘super finished’ pada bahagian pengerjaan dalaman untuk mengurangkan lusuhan dan geseran. Kad penghujung dibuat dari alloy aluminium atau besi beracuan yang diikat pada tempatnya dengan batang pengikal, atau untuk silinder yang kecil, tiub barrel dengan benang skru atau pengikal aluminium tembaga. Gangsa atau stainless steel mungkin digunakan untuk badan silinder untuk persekitaraan yang agresif atau tidak selamat
Rajah 4. Silinder dua-aksi (Double acting cylinder)
_________________________________________________________________
Pam hidraulik
Pengenalan
1. Semua pam menghasilkan aliran. Pam beroperasi atas prinsip-prinsip yang dipanggil displament (penghantaran).
2. Cecair diambil oleh pam dari tangki dan dihantar kebahagian lain.
3. Penghantaran (displecement) terbahagi kepada dua iaitu:-
· Non-Positive displacement.
· Positive displacement.
4. Jenis non-positive displacement hanya mengambil cecair dan menghantarnya kebahagian lain.
5. Sementera positive displacement hanya sekadar menghasilkan aliran tetapi juga menggunakan semula cecair yang diambil.
Penghantaran Pam Hidraulik
1. Displacement adalah jumlah isipadu minyak yang digerakkan ketika setiap pusingan pam.
2. Dalam kategori ini, pam hidraulik terbahagi kepada dua jenis utama iaitu :-
· Fix displacement Pumps.
· Variable displacement pumps.
3. Fix displacement Pumps mengerakkan isipadu yang sama setiap pusingan pam.
4. Isipadu ini hanya berubah bilamana kelajuan pam berubah.
5. Variable displacement pumps boleh mengubah isipadu cecair setiap kali ia bergerak pada setiap pusingan pam, walaupun kelajuan pam berubah/tetap.
Amnya : a. Fix displacement Pumps - Aliran tetap
b. Variable displacement pumps – Aliran pelbagai.
6. Kesimpulannya jenis pam yang terbaik bagi sistem-sistem hidraulik adalah:-
a. Open-centre syatem - Fix displacement Pumps
b. Close-centre system - Variable displacement pumps
C. Jenis-jenis Pam Hidraulik
1. Kebanyakkan pam hari ini terbahagi kepada 3 jenis asas iaitu:-
A. Gear Pumps.
B. Vane Pumps.
C. Piston Pumps.
2. Ketiga-tiga jenis pam di atas beroperasi pada prinsip pusingan (rotary) – komponen yang berpusing di dalam pam yang mengerakan cecair.
A. Gear pump
1. Beroperasi dengan prinsip Fix displacement Pumps.
1. Dua jenis pump yang biasa digunakan :-
A. External gear pumps.
B. Internal gear pumps
housing
4. Internal gear Pump – juga mempunyai dua jenis gear,tetapi satu jenis spur gear dipasang di bahagian gear yang lebih besar di dalam pam housing.
5. Spur gear ini bercantum dengan sebahagian gear yang lebih besar dan kedua gear ini dipisahkan oleh pemisah yang dipangil Crestcent – shape separator.
6. Drive shaft memusingkan spur gear di mana ini akan memusingkan bahagian gear yang lebih besar.
B. B. Vane Pump
1. Dua jenis Vane Pump yang biasa digunakan adalah :-
a. Balanced Vane Pumps.
b. Unbalance vane Pumps.
2. Balance Vane Pumps adalah pam jenis penghantaran tetap semantara, Unbalance vane Pumps boleh terdiri dari jenis penghantaran tetap atau pelbagai.
3. Balanced Vane Pumps mempunyai bahagian roto bujur yang dipusingkan oleh drive shaf.
4. Bahagian bilah Vanes dipasang pada rotor slots dan bebas bergerak keluar atau ke dalam.
5. Unbalance vane Pumps – mengunakan prinsip yang sama dengan Balanced Vane Pumps.
6. Walau bagaimapun pusingan operasi pam ini hanya berlaku sekali pada setiap pusingan.
7. Jadi pam ini hanya mempunyai satu bahagian kemasukan dan satu bahagian keluaran.
C. Piston Pump
1. Pam jenis ini lebih digunakan dalam teknologi morden sistem hidraulik dalam kendalian kelajuan dan tekanan tinggi.
2. Walaubagaimanpun piston Pump adalah lebih Komplek dan lebih mahal dari dua jenis yang terdahulu.
3. Piston pam boleh direka untuk penghantaran jenis tetap atau pelbagai.
4. Amnya , piston terbagi kepada 2 jenis iaitu:-
a. Axial Piston pam
b. Radial Piston pumps.
5. Axial Piston pam bermakna piston dipasang secara selari dengan yang lain dan radial piston pump dipasang secara “pendicular” pada pam.
6. Kedua-dua jenis piston pump beroperasi mengunakan piston dimana ianya mengepam minyak dengan bergerak kedepan dan belakang di dalam cylinder boros pada housing. (istilah lain untuk gerakan piston sebagai dipanggil reciprocating.
7. Axial piston pump terbagi kepada dua jenis iaitu :-
a. Inline Axis type
b. Bent axis type.